Author: admin

IPOH: Pelantikan pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) akan diteliti semula, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Saya bincang dengan Presiden Umno Zahid (Ahmad Zahid Hamidi), belum dihantar surat, kita akan teliti semula, belum ada pelantikan,” katanya. Beliau demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi penyampaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Bank Simpanan Nasional Cawangan Meru Raya. Anwar berkata demikian bagi mengulas pelantikan beberapa pemimpin Umno ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mendapat kritikan pelbagai pihak. Pada 5 April lalu, Abdul Azeez Abdul Rahim diumum oleh Zahid sebagai pengerusi Keda. Sementara itu, Anwar berkata pelantikan pemimpin Umno ke dalam GLC berdasarkan…

Read More

KANGAR: Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berjaya memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar selepas menewaskan penyandang, Datuk Seri Azlan Man dalam pemilihan parti itu. Fathul Bari memperolehi sebanyak 368 undi jauh meninggalkan Azlan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang hanya memperolehi sebanyak 179 undi. Kemenangan Fathul Bari itu turut menamatkan dominasi dua penggal bekas Menteri Besar itu sebagai Ketua UMNO Bahagian berkenaan sejak 2014 lapor Utusan. Dalam pada itu, jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar pula dimenangi oleh Hamunir Hamzah selepas menewaskan Hamizan Hassan dan Zainudin Osman dalam pertembungan sengit. Manakala Naib Ketua UMNO Bahagian Kangar pula…

Read More

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menarik diri dari pencalonannya untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan bulan depan.  Beliau berkata, keputusan itu dibuat mengambil kira tugas rasmi sebagai Menteri Luar. Menurut Zambry, beliau sudah mengemukakan pencalonan bagi mempertahan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu.  “Selepas berbincang dengan kepemimpinan parti, saya mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menjadi calon Naib Presiden UMNO bagi pemilihan kali ini. “Ini dengan mengambil kira tugas rasmi saya sebagai Menteri Luar di dalam kerajaan baru ini, banyak perkara dan urusan hal-hal di luar negara yang…

Read More

Antara perkara yang menjadi fokus utama SOLUSI 4S (Simetri, Struktur, Sinergi, Stabil) adalah memperkasakan ekonomi wanita muda agar lebih fleksibel, relevan serta efisyen dalam menghadapi landskap ekonomi dinamik menerusi inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Pembangunan TVET ini simetri berdasarkan pembentangan Belanjawan 2023 apabila kerajaan menggariskan pelbagai inisiatif dan insentif dalam merealisasikan pembangunan ekonomi rakyat. Inisiatif TVET merangkumi persediaan awal peralihan daripada dunia pembelajaran kepada industri. Pendedahan awal sebegini mampu meningkatkan pengetahuan praktikal dan menjadi aset berharga kepada kebolehpasaran wanita muda yang mengikuti TVET. Pendekatan transformasi jantina yang inovatif termasuk membangunkan kemahiran keusahawanan dan meningkatkan penyertaan wanita dalam…

Read More

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Johari Abdul Ghani, hari ini mengesahkan beliau bakal bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu.  Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang  menyerahkan borang pencalonan bagi merebut tiga jawatan tertinggi UMNO itu. Johari yang juga ahli parlimen Titiwangsa, menghantar borang pencalonannya di Auditorium UMNO di Menara Dato’ ONN pagi tadi.  Sebelum ini, penyandang Naib Presiden iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid sudah menyerahkan borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan masing-masing. Selain itu, Ahli MKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina…

Read More

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan BERSATU,  Datuk Wan Saiful Wan Jan mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan yang dipegangnya itu susulan pendakwaan yang dikenakan ke atas semalam. Beliu berkata, tindakan itu dibuat bagi memberi tumpuan untuk membersihkan namanya terlebih dahulu yang menjadi prinsip selama ini selain sesuai dengan prinsip integriti dan semangat perjuangan yang dijunjung selama ini. Menurut Wan Saiful, hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan terpulang kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk membuat keputusan. Bagaimanapun, Wan Saiful berkata beliau masih memegang jawatan Ahli MPT BERSATU. “Berikutan tindakan bermotifkan…

Read More

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa untuk menyiasat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang lompat parti demi kepentingan diri sendiri, demikian menurut Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Malah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu mengakui dirinya malu kerana menjadi wakil rakyat di negeri yang mempunyai ADUN yang tidak setia dan sanggup lompat parti demi jawatan dan wang ringgit. “Saya minta pihak penguatkuasa SPRM siasat yang melompat ini sebab memalukan. Di Sabah ini terkenal dengan wakil rakyat yang suka lompat parti “Mereka ini memasang hasrat bertanding, sebaik sahaja menang akan cari mana ada peluang untuk…

Read More

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini, mengumumkan untuk mempertahankan jawatan disandangnya ketika ini pada pemilihan UMNO bulan depan. Beliau berkata, keputusan itu dibuat sebagai usaha bersama barisan kepemimpinan untuk memulihkan kembali parti dan kepercayaan penyokong yang hilang, selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).   “Saya ingin umumkan penawaran diri saya sebagai Naib Presiden UMNO bagi penggal 2023 sehingga 2025. Tujuannya adalah semata-mata untuk berkhidmat dan meneruskan khidmat kepada parti. “Penawaran diri ini, saya sedar dalam keadaan dan saat parti berada dalam kedudukan yang tidak terbaik, dianggap jauh daripada orang Melayu,” katanya menerusi satu…

Read More

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri berkata kerajaan perlu membenarkan pengeluaran Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) secara bersasar. Beliau berkata, pengeluaran secara bersasar hanya melibatkan jumlah yang kecil berbanding aset keseluruhan di bawah pengurusan KWSP yang mencecah hampir RM1 trilion. “Sebelum ini, Kerajaan telah membenarkan empat pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM145 bilion, melibatkan 8.1 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara. “Saya berharap KWSP tidak terlalu mementingkan pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang besar semata-mata, sedangkan pencarum pada hari ini hidup merana,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat,…

Read More

Pembinaan Mukaab, sebuah seni bina gah rancangan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman (MBS) telah mengundang kritikan ramai pihak sekali gus didakwa bakal menjadi ‘kiblat hiburan’. Setelah negara itu melancarkan pelan seni bina berkenaan pada Khamis lalu, ramai pihak meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap berita tersebut di laman media sosial, Twitter. Seorang pengguna mempersoalkan bentuk kubus yang dipilih, katanya, “Adakah dia mahu mencipta kiblat hiburan (menghala ke arah Kaabah) untuk dipadankan dengan kiblat agama?” Pengguna lain pula berkata, “Ini adalah pilihan yang pelik atau hanya bagi saya? Mukaab baru, seperti Kaaba tapi mempunyai tempat beli-belah…?” Ujar pengguna lain, “Mohammed…

Read More

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yakin parti itu mampu bertahan dalam arena politik negara, meskipun beberapa kali dibadai. Dalam masa yang sama, adalah penting untuk UMNO terus disokong oleh rakyat keseluruhannya dan tidak hanya bergantung sokongan dam popular dalam kalangan ahlinya sahaja. Menurut beliau, rakyat yang menentukan masa depan UMNO justeru parti itu mesti bersama rakyat. “Berjuang dan membela kepentingan rakyat. Maknanya, UMNO mesti utamakan rakyat bila berjuang. “Percayalah. Jika UMNO bersama rakyat, pasti rakyat akan bersama UMNO,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Read More

Oleh Sarfarizmal Saad PADA pilihanraya umum lalu, kita menyaksikan seramai 4.5 juta hadir di saluran tiga dan empat. Kebimbangan UMNO terhadap ‘Undi 18’ dan automatik ini ternyata benar apabila parti itu kalah teruk. Untuk pilihanraya umum akan datang pula, hampir pasti jumlah ini ditambah lagi sebanyak 4.5 juta di saluran lima dan enam ini, makna sembilan juta pengundi muda akan membuat pilihan dalam pilihanraya. Sembilan juta ini datang dari pelbagai latar belakang. Yang pasti mereka asyik menggunakan medium komunikasi yang sama seperti whatsapp, tiktok, instagram dan facebook. Tak keterlaluan juga jika kita sebut, mana-mana calon atau parti politik yang…

Read More