Author: Editor

Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar 12 wakil rakyat PKR menyertai misi kemanusiaan di Palestin agar kesemua mereka mengetahui dengan lebih jelas tentang konflik kemanusian yang sedang berlaku di sana. Ini susulan kenyataan dikeluarkan 12 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) parti itu yang menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengkaji semula keputusan menganjurkan Minggu Solidariti Palestin di sekolah dan institusi pendidikan awam bermula hari ini. Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, modul mengenai isu sebenar yang berlaku di Palestin dan sejarah bagaimana konflik Palestin-Israel bermula perlu dididik kepada murid-murid agar mereka dapat…

Read More

“Saya tak tahu apa-apa. Jadi saya tidak boleh komen. Minta maaf.” Demikian komen ringkas peguam yang pernah mewakili Syamsul Yusof bagi kes perceraianya dengan bekas isteri, Puteri Sarah Liyana, Azmi Mohd. Rais berhubung desas-desus perceraian antara bekas anak guamnya dengan isteri, Ira Kazar. Azmi ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia sudah dapat mengagak tujuannya dihubungi, namun berkata tidak tahu-menahu tentang khabar angin perceraian Syamsul dengan Ira. “Saya tidak tahu benda (apa-apa). Tadi pun ada wartawan sudah hubungi saya. Tapi saya tidak tahu. Jadi saya tidak boleh beri komen,” katanya. Setakat ini, percubaan Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan daripada Syamsul belum…

Read More

Kerajaan Malaysia harus kekal serius dan tegas mengenai golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Walau dalam apa jua situasi, negara kita tidak boleh berganjak daripada pendirian tidak mengiktiraf LGBT kerana kita tidak boleh membenarkan gender ketiga wujud dalam negara ini. Malaysia harus kekal menolak dasar luar Amerika Syarikat (AS) yang mahu mempromosikan hak asasi golongan terbabit bersekali kumpulan pelik (LGBTQ) di seluruh dunia. Pujian wajar diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan kerajaan yang berpendirian jelas berkaitan isu…

Read More

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu berkata, kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan diisi sekiranya ada calon sesuai. Kekosongan jawatan itu berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Julai lepas dan penggantinya masih menjadi tanda tanya selain turut menimbulkan desas-desus akan berlaku rombakan kabinet. “Rombak kabinet? Kena rombak ke? Untuk mengisi kekosongan? Bila ada calon sesuai,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri simposium The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia di sini pada Rabu. Jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…

Read More

SOLIDARITI MENYOKONG PALESTIN Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakutuh. Salam sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. Tuan Yang di-Pertua, 1. Saya bangun untuk bersolidariti dan menyokong pendirian Kerajaan Negeri Sembilan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Datuk Sri Menteri Besar sebentar tadi. 2. Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan Perpaduan yang tidak menunggu lama untuk membawa isu ini ke dalam Dewan Undangan Negeri supaya dapat dibincangkan dan bersolidariti bersama antara Kerajaan dan pembangkang. 3. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah membawa usul ini di…

Read More

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan sedang merangka pelbagai inisiatif memastikan bekalan makanan asas terutamanya beras akan terus mencukupi bagi menampung keperluan rakyat di negeri itu. Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, kerjasama dan penglibatan pemegang taruh serta agensi berkaitan penting untuk mengatasi kekurangan bekalan sekali gus mengekang kenaikan harga barangan. Jalaluddin yang juga merupakan Exco Kanan menegaskan bagi memastikan sifir penawaran mengatasi permintaan dapat dilaksanakan untuk membendung kenaikan kos sara hidup. “Maka saya sudah berbincang dengan jabatan-jabatan dan agensi di bawah portfolio saya supaya kita boleh memikirkan cara untuk kita berhadapan dengan…

Read More

UMNO Negeri Sembilan meminta agar diadakan rundingan di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi pelantikan jawatan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, Mustapha Nagoor berkata, kenyataan yang dibuat Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bahawa kedua-dua jawatan itu diberikan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR adalah tanpa perbincangan dengan pihak BN “ADUN BN pernah memohon untuk suarakan sama ada jawatan Speaker atau Timbalan diberikan kepada BN bagi mengambil…

Read More

SEREMBAN – Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam di seluruh negara, dengan perbincangan mengenainya dibawa ke dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, keputusan untuk mengkaji semula skim gaji berkenaan dibuat berikutan tiada kenaikan diberikan bagi tempoh yang agak lama, dengan kali terakhir skim gaji berkenaan disemak adalah pada tahun 2013. “Kita akan bentangkan kepada Jemaah Menteri supaya diberikan kelulusan, maka Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Datuk Dr Zulkapli Mohamed) dan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali), dah kemukakan pandangan kepada saya untuk memulakan pasukan mengkaji dan saya sudah…

Read More

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez berkata pembubaran itu membawa isyarat kepada semua jentera gerak kerja Barisan Nasional (BN) supaya perlu bekerja keras untuk memenangkan BN walaupun bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Jelasnya, ianya tidak mustahil kerjasama yang dilakukan ini dapat mencapai kemenangan bagi secara bersama PH. “Saya berasa optimis dapat melakukan gerak kerja bersama PH walaupun kita sedar bahawa keadaan hari ini tidak mudah tetapi yakin ianya tidak…

Read More

Mendapatkan sokongan sejumlah besar “pengundi tidak bermotivasi” mungkin menjadi penentu bagi gabungan parti bertanding pada PRN akan datang, kata saintis politik Wong Chin Huat. Wong dari Universiti Sunway berkata, blok “pengundi tidak bermotivasi” dianggarkan mencecah 5.5 juta orang, berdasarkan undi PRU15 pada November 2022. Saiz blok itu melebihi jumlah undi diperoleh Perikatan Nasional (4.7 juta) dan menyusul 5.9 juta undi diraih Pakatan Harapan. Berdasarkan keputusan akhir PRU15, dianggarkan 60% daripada 5.5 juta pengundi tidak hadir datang dari enam negeri yang akan mengadakan PRN, iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu. Katanya, “pengundi tidak bermotivasi” mungkin termasuk mereka…

Read More

REMBAU: Pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah selesai 90%. Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, berkata ada satu atau dua kerusi yang menyaksikan pertindihan dan memerlukan keputusan Jawatankuasa Majlis Presiden kedua-dua gabungan. “Pertindihan kerusi ini disebabkan semua rasa boleh menang jadi kita serahkan kepada Jawatankuasa Majlis Presiden untuk menentukan bagi melihat dari segi kaca mata yang lebih luas. “Macam di Negeri Sembilan, 16 kerusi sudah dikunci, hanya satu atau dua kerusi yang PH nak dan BN juga nak, jadi kita letak…

Read More

KUALA LUMPUR: Kos perbelanjaan bagi melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan dianggarkan sebanyak RM420 juta. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata demikian dalam jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman web Parlimen. Beliau menjawab soalan dikemukakan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) yang meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah kos yang dijangka dibelanjakan dalam PRN di enam negeri terbabit. PRN di enam negeri berkenaan dijangka akan berlangsung pada Ogos dengan Kelantan semalam mengumumkan 22 Jun ini sebagai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri…

Read More